FAQ
Soalan lazim: mandi bunga & rawatan Islam
Jawapan ringkas untuk soalan yang selalu client tanya. Tak jumpa jawapan? WhatsApp Hajah.
FAQ
Soalan umum
Perlu ke saya hentikan rawatan doktor?
Tak perlu. Teruskan rawatan doktor anda. Rawatan kami ialah ikhtiar pelengkap, bukan pengganti doktor.
Berapa lama satu sesi?
Satu sesi ambil masa 1–2 jam.
Berapa awal saya kena book?
Perawat wanita: book 1 hari awal. Perawat lelaki: book 3 hari awal.
Saya lelaki, siapa yang akan merawat?
Client lelaki dirawat oleh perawat lelaki. Bila WhatsApp Hajah, beritahu je nak perawat lelaki.
Boleh ke bukan Islam datang?
Boleh, semua orang welcome. Rawatan guna bacaan al-Quran, doa dan bahan tradisional. Hajah Hatijah juga boleh cakap Tamil dan English.
Maklumat saya dirahsiakan ke?
Ya. Cerita dan maklumat anda tak dikongsi tanpa izin anda.
Mandi bunga
Mandi bunga & Pakej Bridal
Apa itu mandi bunga di Al-Hikmah?
Mandian air bunga dan herba segar, resipi Hajah Hatijah sendiri, dengan bacaan ayat al-Quran dan doa. Sesi 1–2 jam dalam bilik privasi. Ni ikhtiar pelengkap untuk rasa segar dan tenang.
Pakej Bridal boleh book hari biasa?
Boleh. Pakej Bridal boleh book hari biasa (weekdays) juga, by appointment.
Boleh ke datang masa uzur?
Untuk sesi yang ada bacaan al-Quran, sila datang dalam keadaan suci. Kalau uzur, WhatsApp kami untuk tukar tarikh.
Apa saya perlu bawa?
Baju salin untuk sesi mandi. Yang lain kami sediakan.
Harga
Harga
Berapa kos rawatan?
Mandi Bunga RM550, termasuk konsultasi. Kalau nak konsultasi dulu, RM100. Untuk rawatan Islam, kos rawatan diterangkan selepas konsultasi.
Berapa harga Pakej Bridal?
Harga Pakej Bridal diberitahu bila anda WhatsApp Hajah.
Berapa harga mandi bunga untuk lelaki?
Harga sama: RM550, termasuk konsultasi. Client lelaki dirawat oleh perawat lelaki.
Lokasi
Lokasi & parking
Tempat mandi bunga ni dekat mana?
Di No. 23, Tingkat 1, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Berhampiran Petronas Taman Maluri dan SMK Aminuddin Baki.
Al-Hikmah di tingkat berapa?
Tingkat 1, atas kedai IPS Motor (Yamaha). Masuk pagar biru di sebelah kiri IPS Motor, kemudian naik tangga.
Ada parking?
Ada. Park kereta di bawah bangunan, dan bayar parking DBKL.
Ada soalan lain?
WhatsApp Hajah sendiri. Hajah biasanya balas dalam 30 minit (waktu pejabat).