Pusat Rawatan Tradisional Al-Hikmah jaga privasi dan data peribadi anda, ikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
1. Data yang kami ambil (sikit sahaja)
Kami ambil data yang paling perlu sahaja. Bila anda guna booking form, kami hanya perlukan:
- Nama penuh: Supaya kami tahu siapa yang book.
- Nombor telefon / WhatsApp: Untuk confirm slot dengan perawat.
- Rawatan dan tarikh: Supaya kami boleh sediakan bahan dan bilik rawatan.
2. Kami tak simpan data booking anda
Kami tak simpan butiran borang atau nota peribadi anda dalam database website ini. Bila anda tekan butang Book via WhatsApp, maklumat anda terus jadi mesej WhatsApp dan dibuka dalam aplikasi WhatsApp yang ada end-to-end encryption.
Mesej WhatsApp yang anda hantar akan ada dalam telefon pusat kami, untuk urus appointment anda. Kalau anda nak kami padam chat tu, beritahu je.
Macam semua website, server hosting kami (Hostinger) dan plugin keselamatan simpan log teknikal seperti alamat IP dan jenis browser untuk tempoh yang terhad, untuk jaga website daripada serangan. Log ni tak mengandungi butiran booking anda.
3. Cerita anda kekal rahsia
Semua perbualan dan butiran konsultasi dengan Hajah Hatijah Ismail atau perawat lelaki kami rahsiakan sepenuhnya. Kami tak akan kongsi, sewakan atau jual maklumat client kepada pihak ketiga.
4. Analytics & cookies
Kami guna Google Analytics dan Google Ads tag untuk kira jumlah pengunjung dan booking yang berjaya. Data ini tak mengandungi nama, nombor telefon atau maklumat lain yang boleh tunjuk siapa anda.
Google guna cookie pada peranti anda untuk kesan lawatan dan ukur iklan. Cookie tak digunakan untuk simpan butiran booking form anda.
Peta lokasi di bahagian Book appointment dimuatkan terus daripada Google Maps. Google mungkin guna cookie sendiri bila peta dipaparkan.
Bila kami jalankan iklan di Facebook, Instagram atau TikTok, website ini boleh load Meta Pixel dan TikTok Pixel. Pixel guna cookie untuk ukur iklan dan jumlah booking (contoh: borang dihantar atau butang WhatsApp ditekan). Kami tak hantar nama, nombor telefon atau nota anda kepada pixel.
Cara opt out:
- Padam atau block cookie dalam setting browser anda (mod Incognito pun kurangkan tracking).
- Pasang Google Analytics Opt-out Browser Add-on (tools.google.com/dlpage/gaoptout).
- Urus atau matikan personalised ads di Google Ad Settings (adssettings.google.com).
- Urus pilihan iklan dalam setting akaun Facebook/Instagram dan TikTok anda.
5. Hak anda
Anda boleh minta untuk tengok, betulkan atau padam maklumat anda yang ada pada kami, atau tarik balik kebenaran anda. WhatsApp atau call kami dan kami akan uruskan secepat mungkin.
6. Ada soalan?
Kalau ada soalan pasal Privacy Policy ini, WhatsApp atau call kami di +60 19-328 0707.